KESANTUNAN PENULISAN
Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan
pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada
masa akan datang. Komunikasi penulisan bertulis secara formal ialah surat
kiriman rasmi, laporan, kertas kerja, pidato dan lain-lain manakala bukan
formal ialah surat kepada sahabat. Dalam bentuk komunikasi bertulis,
aspek-aspek kesantunan yang perlu diberi perhatian ialah penggunaan kata
panggilan yang betul. Contohnya dalam masyarakat Melayu mesti menggunakan kata
sapaan yang betul, gaya bahasa yang tepat, pemilihan kata dan ayat yang sesuai
dengan konteks. Selain itu, bahan tidak boleh menyentuh isu yang tidak sensitif.
Protokol Panggilan Hormat
Komunikasi protokol melibatkan penggunaan kata sapaan, adab
berbual, penggunaan bahasa istana dan panggilan hormat. Panggilan hormat
yang dikuatkuasakan penggunaannya dalam ucapan rasmi atau pengacaraan bagi
sesuatu majlis adalah sangat penting dalam masyarakat Melayu kerana ini
menunjukkan sikap menghormati orang yang berpangkat dan bersikap sopan semasa
memanggil mereka. Dalam teks ucapan, mereka biasanya akan menggunakan panggilan
yang hormat dalam teks ucapan. Ini adalah contoh teks ucapan:
Yang Berbahagia,
Dato’ Hj.Abdullah
bin Hj. Abd.Kadir,
Pengarah
Penddikan Guru,
Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Yang Berbahagia Dato’, tuan-tuan, puan-puan serta hadirin
yang dihormati sekalian.
Kepada tuan-tuan dan puan-puan yang sudi hadir, saya rasa
terima kasih yang tidak terhingga kerana tuan-tuan dan puan-puan dapat
meluangkan sedikit masa untuk bersama-sama dalam majlis ini. Seterusnya kepada
Yang Berbahagia Dato’, kami amat berbesar hati dan menyanjung tinggi atas
kesudian Yang Berbahagia menyempurnakan majlis kami dengan amanat yang penuh
bermakna dan seterusnya menyampaikan diploma kepada para graduan. Semoga
kehadiran Yang Berbahagia Dato’ akan menambahserikan majlis ini. Terima kasih
daun keladi…
Ini adalah contoh protocol panggilan hormat yang sering
digunakan dalam teks ucapan dalam kalangan masyarakat Melayu.
Sultan /
Raja / Yang Dipertuan Besar, Yang memerintah
|
|
Yang Dipertua Negeri / Perwakilan Negara – negara Asing
/ Duta Besar / Duta / Pesuruhjaya Tinggi
|
· Tuan
Yang Terutama
|
Raja Muda / Tengku Mahkota / Raja Di- Hilir Perak
|
· Duli
Yang Teramat Mulia Tuanku ……( nama )
· Duli
Yang Amat Mulia Tuanku …… ( nama )
· Yang
Amat Mulia Undang ……( nama )
· Kebawah
Duli Yang Teramat Mulia Tuanku …..( nama )
|
Perdana
Menteri / Timbalan Perdana Menteri/ Menteri Besar / Ketua Menteri/
Menteri-menteri/ Timbalan Menteri/ Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri/ Pegawai/
Kaki tangan Kerajaan
|
Yang Amat
Berhormat
|
Tun/ Toh Puan/ Kerabat Diraja/ Syed/ Syarifah
|
|
Ketua Hakim Negara/ Hakim Besar/ Hakim
|
|
Tan Sri/
Puan Sri/ Datuk Seri/ Datin Seri/ Datuk Patinggi/ Datin Patinggi/ Datuk/
Datuk Amar/ Datin/ Datin Paduka
|
|
Mufti/ Kadi/ Haji/ Hajah
|
|
Ketua
Pengarah/ Pengarah/ Setiausaha/ Setiausaha Agung/ Pengurus Besar / Pengurus
|
|
Residen/ Pegawai Daerah/ Penghulu/ Orang Kaya-kaya/
Sidang
|
|
Ustaz/ Ustazah/ Imam/ Pengetua/ Guru Besar/ Pemangku
Ketua
|
|
Syed/
Syarifah/ Profesor/ Profesor Madya/ Drs/ Dra/ Encik/ Nik/ Wan/ Abang/ Megat/
Meor/ Ahmad/ Cik/ Puteri/ Pengerusi Majlis
|
Yang Mulia Tuan
Syed
|
Contoh kesantunan berbahasa dan bahasa sapaan dalam surat
rasmi & Memo dalam kalangan masyarakat Melayu.
“Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki.
Sehubungan itu sukacita dimaklumkan bahawa….”
“Yang Berbahagia Dato’ diundang…
Sayugia dimaklumkan bahawa Tuan Haji….”
“Saya bersetuju untuk meluluskan…” lebih sopan lagi dengan
frasa” Saya tiada halangan meluluskan…”
“Di sini saya kepilkan…” lebih sopan lagi dengan frasa
“Bersama-sama ini disertakan…”
Play Slots at Casinos Near Me - Mapyro
回复删除Find Casinos 사천 출장마사지 Near Me 이천 출장안마 near you 상주 출장안마 in November, 2021 - 대구광역 출장마사지 Find Casinos Near you from 142Traveler Stations. 밀양 출장샵 Casinos Near Me Near Me. The Best Casinos Near Me