i. Dalam masyarakat Cina,budi bermaksud kelakuan dan perbuatan yang dilakukan kepada orang lain tidak kira bangsa,agama,adat resam dan kepercayaan.
ii. Budi dalam masyarakat Cina juga bermaksud pertuturan dan percakapan yang sopan.
iii. Penganut Buddha sangat mementingkan budi bahasa.
iv. Masyarakat Cina yang sebahagian besar menganut agama Buddha juga sangat mementingkan budi bahasa dalam pergaulan seharian bagi menjamin keharmonian hidup.
v. Ajaran Konfusius menekankan konsep Jen yang menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga diri. Confusius menitikberatkan pengamalan lima kebaikan iaitu: budi bahasa, kemurahan hati dan sifat baik.
Ciri-Ciri Amalan Budi Bahasa:
A) Adab makan
- Orang tua makan dahulu dan diikuti dengan orang muda.
- Menunggu semua ahli keluarga ketika makan.
- Siku tangan tidak boleh diletak di atas meja semasa makan.
- Tidak mengeluarkan bunyi yang terlalu kuat semasa makan.
B) Adab bertegur sapa
- Tunduk ketika memberi salam.
C) Bersopan terhadap orang tua
- Bercakap dengan lemah lembut dengan orang tua dan ibu bapa.
- Dilarang mengeluarkan kata-kata kesat dalam pergaulan.
D) Sikap penyayang
-Individu yang sudah berkahwin memberi angpau kepada kanak-kanak.
E) Adab sembahyang
- Dalam tokong tidak dibenarkan memakai topi.
D) Kunjung-mengunjungi
- Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah.
- Tertib duduk yang sopan.
- Melayan tetamu dengan makanan dan minuman.
good
回复删除