KONSEP KESANTUNAN
Halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab atau sopan
merangkumi aspek-aspek berikut:
Kesantunan yang boleh mencerminkan kesopanan yang halus
Kesantunan yang kontekstual
Kesantunan apabila dlam hubungan dua pihak
Kesantunan yang tercermin dalam aspek-aspek kehidupan
Takrifan Kesantunan oleh tokoh-tokoh Dunia
Menurut Asmah Haji Osmar(2002), kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkann kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar.
Kesantunan merupakan kaedah atau strategi yang digunakan untuk mencapai tujuan tertentu
melibatkan beberapa faktor seperti kesedaran akan peranan masing-masing, pengetahuan perbezaan taraf sosial dan pengawalan perbincangan berdasarkan tajuk atau air muka
Terbahagi kepada 2 jenis:
kesantunan asas
kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain
menunjukkan sikap berbaik-baik antara satu sama lain
kesantunan berkala
kesantunan yang menggambarkan ucapan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain bergantung kepada keadaan, situasi dan tempat tertentu
Contohnya, apabila kita bercakap dengan golongan beraja, kita wajar menggunakan perkataan istana seperti beta, hamba dan sebagainya
Leech (1983) menginterpretasikan kesantunan itu perlakuan yang dapat mengurangkan pengeseran dalam sebuah interaksi
Setiap golongan masyarakat perlu mengikuti norma masyarakat dalam aspek pergaulan bagi mengekalkan keharmonian masyarakat.
Menurut Aristotle, ketinggian darjat diukur melalui akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.
Pengertian yang diberikan memberi maksud aspek kesantunan memainkan peranan yang sangat penting dinilai terhadap seseorang individu bagi menentukan akhlak seseorang.
Dalam masyarakat melayu, kesantunan diperkukuhkan dengan agama Islam yang dianuti.
Kesantunan berbahasa melibatkan penggunaan bahasa halus semasa berinteraksi, penggunaan kosa kata, kata ganti dan sebagainya
Dengan memberikan tumpuan kepada penggunaan bahasa yang tidak sopan, kami dapat mengerti maksud sebenar kesantunan bahasa.
Penjagaan Muka sebagai Asas Kesantunan
Kesantunan merupakan usaha untuk mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa konflik
Konsep malu begitu dipandang tinggi sampai menjadi asas didikan anak-anak kerana difahami sebagai suatu nilai suci dan murni yang menjadi asas kepercayaan bertujuan untuk menjaga maruah dan air muka.
Peribahasa "menconteng arang di muka" dan "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa" digunakan untuk mengkritikkan orang yang tidak menjaga mukanya dengan penuh maruah.
Kesantunan Merentas Budaya
Dengan fahaman bahasa Inggeris, kebudayaan disebutkan sebagai culture .
Edward B. Edward melihat budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang dan lain-lain.
Keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok hidup.
Semakin tinggi nilai kesantunan yang diamalkan, maka semakin tinggilah budaya sesuatu masyarakat itu.
Komunikasi Silang Budaya
komunikasi yang melibat individu daripada latar budaya yang pelbagai.
Segala komunikasi yang terjadi ini akan lebih toleransi serta mencapai matlamat yang maksimum jika nilai-nilai kesantunan sesuatu budaya atau masyarakat difahami dan dihayati.
Nilai-nilai Kesantunan Masyarakat Malaysia
Kesantunan banyak diamalkan dalam masyarakat Malaysia, antaranya yang paling ketara dilihati ialah:
Dalam masyarakat Melayu, mereka sentiasa memberi salam apabila bersua muka
Dalam masyarakat Cina, mereka sentiasa menunduk ketika memberi salam
Dalam masyarakat India, mereka salam orang yang lebih tua dari mereka
Kesantunan Merentas Budaya dalam Pendidikan
nilai-nilai kesantunan perlu diamalkan dari segi:
kesantunan berpakaian
kesantunan tingkah laku
kesantunan berkomunikasi
Kenapa kesantunan penting dalam masyarakat bertamadun?
Kenapa kesantunan penting dalam masyarakat bertamadun?
Tegak rumah kerana sendi
Runtuh sendi rumah binasa
Sendi bangsa ialah budi
Runtuh budi runtuhlah bangsa.
Salah satu kepentingan kesantunan berbahasa dalam kehidupan adalah untuk mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di negara kita. Masyarakat yang berbudi bahasa akan saling menghormati tidak kira apa-apa jua warna kulit ataupun status individu tersebut. Apabila wujudnya sikap saling menghormati, masyarakat akan dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan sejahtera walaupun hidup dengan masyarakat yang berbeza budaya, adat dan kepercayaan. Dalam pada itu, perselisihan faham antara kaum seperti peristiwa hitam 13 Mei 1969 dapat dielakkan. Ulang tahun kemerdekaan yang ke-51 iaitu pada tahun 2008 yang bertemakan ‘Perpaduan Teras Kejayaan’ jelas menunjukkan betapa pentingnya perpaduan kaum dalam negara kita yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Pepatah ada menyatakan ‘bersatu teguh, bercerai roboh’. Justeru apabila masyarakat bersatu, negara dapat berkembang dengan maju dan anasir-anasir luar tidak dapat menggugat kestabilan negara dengan mudah.
Selain itu, kesantunan bahasa penting kepada remaja kerana mereka merupakan generasi pelapis yang bakal menerajui tampuk kepimpinan negara. Hal ini menjadikan betapa pentingnya remaja sebagai modal insan minda kelas pertama yang akan memimpin bangsa dalam mencapai kemajuan negara pada masa yang akan datang. Sehubungan itu, pembentukan perangai dan budi bahasa yang mulia penting kepada mereka sebagai panduan untuk menjalani kehidupan. Nilai-nilai murni seperti bersopan santun, hormat-menghormati dan sebagainya perlu diamalkan sejak kecil. Remaja yang berperibadi mulia dapat menjauhkan diri daripada kancah gejala sosial dan kerosakan akhlak kerana mereka sedar akan keburukan tindakan tersebut.
Di samping itu, disingkap dari perspektif masyarakat pula, budi bahasa dapat menjalinkan silaturrahim dan ukhuwah yang rapat antara jiran. Kini, manusia semakin ghairah dalam mengejar kemajuan dunia yang moden, sehingga perhubungan dengan komuniti sekeliling menjadi tidak penting lagi. Budaya kunjung-mengunjungi, gotong-royong dan kenduri yang merupakan warisan nenek moyang sudah mula goyah di sesetengah kawasan. Sebenarnya, budi bahasa harus dijadikan asas untuk membentuk semangat kejiranan, seterusnya merapatkan hubungan antara satu sama lain. Bertegur sapa dengan jiran tidak memadai untuk mengekalkan persahabatan sekiranya kita tidak mengamalkan sikap tolong-menolong, bekerjasama, dan toleransi.
Budi pekerti yang mulia mampu memajukan sektor pelancongan negara. Mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-5, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pernah berkata, "Apabila pelawat datang, kita kena senyum kepada mereka. Apabila mereka bertanya jalan, kita kena tunjuk jalan dan apabila mereka bertanya sesuatu, kita harus menjawab secara sopan." Pelancong asing wajar dilayan dengan sopan supaya mereka mempunyai pandangan yang baik terhadap negara kita. Rakyat harus sentiasa mengamalkan sifat senyum selalu kerana sifat ini dapat memberi tanggapan positif kepada seseorang bahawa kedatangannya dialu-alukan. Di samping itu, sektor pelancongan yang rancak akan mempercepat aliran mata wang asing, sekali gus menjana ekonomi negara. Strategi tersebut dianggap sebagai 'langkah serampang dua mata' kerana kita juga akan memperoleh faedah apabila negara menjadi maju dan makmur.
Dalam mengharungi era ledakan sains dan teknologi, budayaberbudi bahasa dalam kalangan masyarakat semakin lenyap dalam sanubaridewasa dan remaja. Berita tentang remaja bertindak liar di luar batas-bataskehidupan dengan terlibat dalam aktiviti-aktiviti jenayah sepertigengsterisme, vandalisme dan pornografi sering terpapar di dada akhbar dankaca televisyen. Hal ini jelas menunjukkan betapa kroniknya masalahkelunturan amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat.Sememangnya, tidak dapat dinafikan bahawa kebejatan amalan mulia iniadalah disebabkan oleh pengaruh budaya kuning dari negara-negara baratseperti Amerika Syarikat, Belanda dan United Kingdom yang terkenal dengansikap keterbukaan. Malaysia merupakan sebuah negara yang demokratik danmengamalkan dasar buka pintu bagi menggalakkan pertumbuhan ekonominegara. Justeru, masyarakat kita tidak dapat lari dari pengaruh dunia luar danpengaruh budaya kuning dengan mudahnya dapat bersarang di kotak fikiranmasyarakat.Budaya berbudi bahasa perlulah dijadikan sebagai amalan dalamkehidupan seharian kita kerana seribu satu manfaat boleh diperolehi. Salahsatu kepentingan amalan ini adalah dapat mewujudkan perpaduan antaramasyarakat berbilang kaum di negara kita. Masyarakat yang berbudi bahasaakan saling menghormati tidak kira apa jua warna kulit, taraf dan umurindividu tersebut. Apabila wujud sikap saling menghormati, masyarakat akandapat hidup dalam suasana yang harmoni dan gembira walaupun hidupdengan masyarakat yang berbeza budaya, adat dan kepercayaan. Dalampada itu, perselisihan faham antara kaum atau rusuhan kaum sepertiperistiwa 13 Mei 1969 dapat dielakkan. Ulang tahun kemerdekaan negarayang ke-51 iaitu pada tahun 2008 yang bertemakan Perpaduan TerasKejayaan jelas menunjukkan pentingnya perpaduan kaum dalam negara kitayang terdiri daripada rencaman bangsa. Pepatah ada mengatakan bersatuteguh, bercerai roboh. Justeru, apabila masyarakat bersatu, negara dapatberkembang dengan maju dan anasir-anasir luar tidak dapat menggugatkestabilan negara dengan mudah.Meninjau dari skop yang lebih luas, amalan berbudi bahasa dapatmelahirkan masyarakat yang lebih bertamadun. Menurut konteks sejarah,masyarakat yang bertamadun merupakan masyarakat yang memiliki tahaptatasusilayang tinggi dan kebudayaan yang luhur selain pencapaian lahiriah.Oleh itu, masyarakat pada masa tersebut dapat membina empayar dankerajaan yang kuat dan hebat seperti ketika tamadun Mesopotamia.Tamadun Mesir Purba, tamadun Indus dan tamadun Hwang He walaupunpada masa itu teknologi masih belum berkembang dengan sepenuhnya.Namun begitu, scenario hari ini yang menyaksikan masyarakat yang biadapdan kasar sikapnya seperti mengeluarkan kata-kata kesat amatlahmemilukan hati bagai duri dalam daging. Hal ini seolah-olah masyarakat kitamasih hidup dalam Zaman Jahiliah yang mana akhlak dan nilai hidupmasyarakat pada masa tersebut adalah sangat rendah. Perkara seumpamaitu tidak sepatutnya wujud dalam masyarakat kkit lagi memandangkannegara kita telah lima dekad mencapai kemerdekaan. Untuk mendapatkankemerdekaan bukanlah suatu perkara yang mudah tetapo untukmempertahankan dan mengekalkan kemerdekaan merupakan perkara yanglebih sukaruntuk dilakukan. Justeru, negara amat memerlukan masyarakatyang berfikiran matang dan bijak untuk mengelakkan penjajahan semula olehkuasa-kuasa asing.Dari kaca mata yang lain, industri pelancongan juga turut meningkat.Masyarakat yang berbudi bahasa akan mempamerkan nilai-nilai yang positif seperti memberi layanan yang sopan dan bersikap lemah lembut terhadappelancong asing. Hal ini penting agar dapat meninggalkan imej yang positif terhadap negara kita dalam diri pelancong. Pelancong juga akan mempunyaipercutian yang menyeronokkan kerana beranggapan bahawa kedatanganmereka adaalah dialu-alukan dan dihargai oleh masyarakat tempatan. Dalam pada itu, pekerja-pekerja dalam Jabatan Kastam dan Imigresen, pemandupelancong dan pemandu pengangkutan awam perlulah memainkan pereananyang lebih penting.
没有评论:
发表评论