Keutuhan Wacana
Definisi
SATU ASPEK YANG PENTING KERANA INI MENENTUKAN APAKAH SESUATU
ITU BOLEH DIANGGAP SEBAGAI WACANA ATAU HANYA MERUPAKAN KUMPULAN AYAT YANG TIDAK
TERATUR.
Keseluruhan pelahiran bahasa oleh penutur atau penulis yang menyumbang
ke arah menjadikan pertuturan atau tulisan berkenaan sebagai sesuatu yang
bermakna dalam berkomunikasi
(Asmah Haji Omar, 1986)
Keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan,
pertuturan, percakapan
(Kamus Dewan, 1996)
Aspek-aspek Keutuhan Wacana:
1. Hubungan Dari Segi Semantik.
Dapat dilihat daripada kepaduan makna yang wujud dalam
sesuatu wacana.
Hubungan ini dapat
dilihat dari dua segi iaitu :
1. Hubungan semantik
di antara bahagian-bahagian wacana.
2. Hubungan semantik yang dilihat dari segi konteks atau
latar wacana.
2. Hubungan semantik di antara bahagian-bahagian wacana.
Hubungan Sebab Dan Akibat . Contoh :
* Amir tidak
bersungguh-sungguh semasa belajar. Dia gagal dalam peperiksaan. * Dia sangat
mengantuk. Dia tertidur.
Hubungan Sebab Dan Tujuan . Contoh :
* Nabila sangat rajin
belajar. Dia ingin berjaya dalam pelajaran.
* Murid ini rajin. Ia mahukan kejayaan yang cemerlang.
Hubungan Sebab Dan Hasil . Contoh :
* Aisyah sangat rajin
belajar. Dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah
* Dia seorang yang amat rajin bekerja. Pendapatannya melebihi pendapatan
seorang menteri.
Hubungan semantik dari segi konteks atau latar wacana.
Kesatuan Tajuk Atau Topik . Contoh :
* Wajahnya
berseri-seri. Dia amat gembira sekarang. Perubahannya sungguh-sungguh di luar
dugaan. (Orang yang dimaksudkan itu dahulunya muram dan sering bersedih.)
Hubungan Sosial Antara Penutur Dan Pendengar . Contoh :
A. Sudah siap?
B. Belum. Bekalan tidak mencukupi. (Kedua-dua penutur
memahami apa yang dimaksudkan walaupun orang lain mungkin tidak memahaminya.)
Laras Bahasa Yang Digunakan. Contoh :
Laras bahasa dalam
iklan – walaupun ayat-ayatnya diucapkan secara terputus-putus tetapi kita dapat
memahaminya dan dapat menganggapnya sebagai wacana kerana itu adalah cara
penyampaiannya.
3. Hubungan Aspek Fonologi
Hubungan wacana dari aspek fonologi berdasarkan hentian ,
intonasi atau nada suara . Unsur-unsur tersebut dapat membezakan sesuatu
wacana.
Contohnya hubungan antara ayat penyata,
“ Dia sudah pergi ? ”
Perbezaan antara kedua-duanya wujud melalui nada suara
semasa penutur menuturkannya.
Unsur-unsur paralinguistik juga membantu pemahaman tentang
sesuatu wacana. Dalam wacana tulisan, unsur-unsur paralinguistik ini ialah alat-alat
yang digunakan untuk memperjelaskan persembahan wacana.
Dalam wacana tulisan, alat-alat tersebut ialah tanda baca
seperti noktah, koma, tanda soal, titik bertindih dan sebagainya. Dalam wacana
lisan pula, ekspresi wajah , iaitu keadaan air muka serta gerakan tangan dan
badan merupakan alat-alat untuk membantu memahami ujaran.
4. Hubungan Aspek Tatbahasa
Penanda gramatikal yang mewujudkan keutuhan wacana ialah :
* Penanda Rujukan * Penanda Penggantian * Penanda Penghubung
* Elipsis
a)PENANDA RUJUKAN
1. Penanda rujukan menggunakan kata ganti nama diri orang
dan kata ganti nama tunjuk untuk menghasilkan perkaitan. 2. Contoh penggunaan
kata ganti nama diri orang : Radiah merupakan pelajar yang amat rajin. Dia
telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. (Kata ganti nama diri orang
yang digunakan sebagai penanda rujukan ialah dia .)
3. Contoh penggunaan kata ganti nama tunjuk : Mangsa-mangsa
banjir di Kampung Seri Murni itu telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Seri
Murni. Mereka tinggal di sana sejak seminggu yang lalu. (Penanda rujukan yang
digunakan ialah di sana .)
b)PENANDA PENGGANTIAN
1. Penanda penggantian bermaksud menggantikan sesuatu unsur
bahasa dengan unsur yang lain . 2. Contoh penggunaan penanda penggantian ialah
: Pelajar-pelajar itu sering ponteng sekolah . Perbuatan tersebut hanya
merugikan mereka.
c)PENANDA PENGHUBUNG
1. Penanda penghubung digunakan bertujuan menghubungkan kata
dengan kata , frasa dengan frasa , dan ayat dengan ayat . 2. Contoh penggunaan
penanda penghubung :
Rencana ini bertujuan melihat perkaitan antara kepakaran
individu dengan pembahagian tugas di tempat kerja. Selain itu , rencana ini
juga akan menghuraikan amalan pengurusan dan pentadbiran di pejabat.
d)ELIPSIS
1. Elipsis ialah pengguguran kata , frasa , dan klausa yang
telah disebut dalam ayat sebelumnya. Pengguguran dilakukan kerana pendengar
atau pembaca sudah memahami maklumat tersebut. 2. Contoh elipsis : Ani : Awak
kerja di mana ? (Awak bekerja di mana ?) Abu : Taman Universiti. (Saya bekerja
di Taman Universiti.) Ani : Dah lama ? (Sudah berapa lama ?) Abu : Tiga tahun.
(Saya sudah bekerja di sana selama tiga tahun.)
5. Hubungan Aspek Leksikal
1.Hubungan ini dilihat berdasarkan wujudnya pertalian antara
perkataan atau kosa kata dalam sesuatu wacana.
2.Hubungan ini dapat diperincikan sebagai hubungan
berdasarkan aspek :
(a) Sinonim
Perkataan yang mempunyai maksud yang sama .
Contoh : Pelakon jelita itu semakin popular. Hal ini tidak
menghairankan kerana wajahnya dapat menambat hati ramai jejaka.
(b) Antonim
Perkataan yang berlawanan maksud .
Contoh : Wajah yang cantik dan hodoh bukan ukurannya tetapi
yang paling penting ialah hati budinya.
(c) Hiponim
Makna sesuatu perkataan merupakan sebahagian daripada makna
perkataan
lain .
Contoh : Dia menjaga motorsikalnya dengan baik kerana itulah
sahaja kenderaan yang dimilkinya.
(d) Pengulangan kata yang sama
Contoh : Aminah memang mudah menangis . Disebabkan perkara
kecil pun dia menangis . Semasa gembira pun dia menangis .
(e) Kolokasi
Dua perkataan atau lebih yang masing-masing merupakan
perkataan tersendiri , tetapi kebiasaannya dikaitkan antara satu sama lain .
Contoh : Pembalakan haram itu menggugat habitat flora dan
fauna. Banyak haiwan liar seperti harimau , gajah , badak sumbu , dan lain-lain
kehilangan tempat tinggal.
(f) Unsur bersambut
Contoh : Pihak kerajaan mengemukakan hujah manakala pihak
pembangkang membidas hujah tersebut.
没有评论:
发表评论